10.4.2010 bersamaan dengan hari Sabtu.Apa kena mengena dengan tarikh ni yer?Erm….Aku telah menerima surat tawaran yang telah lama aku tunggu tapi bukan mengharap.Nak tahu surat apa tak?Aku telah dapat surat tawaran menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).Tapi bukan aku yang membuka surat tawaran tu sebalik mak dan ayah aku yang membuka surat tu.Sebabnya tika surat tu sampai di rumah,aku tiada.Aku keluar meronggeng dengan member.Seingat aku,nak pegi ke Masjid Jamek dan sekitarnya.Mau beli-belah..Hehehe….Agaknya mak dan ayah aku terlampau excited kot bila tgk lambang kt sampul surat tu…tu yang terus buka tanpa menunggu kepulangan aku…Huhuhu…Xpe2…Lepas dorang baca surat tu,terus dorang maklumkan pada aku…Aku tak tahu nak gambarkan bagaimanakah perasaan aku tika itu..sama ada gembira,resah,keliru,serabut dll…Kalo aku terima tawaran tu,bermakna aku perlu menamatkan perkhidmatan aku di JPM.Tapi kalo tak terima,macam mana pula dengan masa depan aku yang tak pasti jika aku berterusan di situ…Aku betul2 confuse tika tu….Tapi aku telah tekad sebelum ni jika aku dapat tawaran guru,aku akan pilih itu.Bukankah lebih elok kalo kita mencuba profession yg lain?Aku perlu buat keputusan dalam masa yang singkat.
Cuba bayangkan,aku belum bersedia meninggalkan pejabat yang mengajar aku banyak perkara tika berada di situ.Aku belum bersedia nak meninggalkan rakan-rakan aku di pejabat tu dalam masa yang singkat sebegitu.Banyak lagi kerja-kerja aku yang belum selesai di pejabat tu.Macam mana aku nak berdepan dengan mereka tuk mengatakan yang aku akan meninggalkan mereka?Sungguh aku tak sanggup tuk meninggalkan mereka.Aku sangat sayangkan mereka.Sangat pilu tuk berbuat begitu.Tapi aku perlu membuat keputusan dengan segera dan tepat.
Aku tahu mak dan abah mengharap tuk aku terima tawaran tu walaupun mereka menyuruh aku membuat keputusan sendiri.Kalo ikutkan hati aku,memang aku nak meneruskan kerja di JPM tu..Tapi bila fikirkan impian mak dan abah yang inginkan anaknya menjadi pendidik,aku rasa aku perlu penuhi impian mereka.Inilah masanya untuk aku memenuhi impian mereka.Minat?Minat tu boleh dipupuk.Aku sangat berharap yang aku boleh menyesuaikan diri dengan bidang tu dengan secepat mungkin.Kerana bidang guru ini sangat berbeza dengan bekerja di pejabat.Lupa pula nak bagitahu yang aku dapat GSTT tuk Pendidikan Khas.Budak2 istimewa…^_^
No comments:
Post a Comment