Friday, June 11, 2010

HARI TERAKHIR DI MDI,EPU,JPM

Upacara memotong kek....huhu

Aduhhhhh…Pilunya hati ni bila mengenangkan hari terakhir aku di sini.Huhu…Walaupun belum genap setahun aku di situ,tapi aku rasa yang aku dah lama berkhidmat di situ.Aku perlu hargai setiap detik ketika berada di bilik aku dan juga di ofis.Sebab aku tak tahu bila lagi aku akan merasa sebegitu lagi….
Mereka telah aturkan jamuan perpisahan aku…Terharunya..Selalunya aku pegi tuk majlis perpisahan orang lain tapi kali ni adalah tuk aku pula…Maafkan Hanis kerana meninggalkan tempat tu secara tiba-tiba dan mengejut…Banyak memori ketika aku di sana.Aku sendiri tidak pasti berapa kali aku menitiskan air mata pada hari tersebut.Huhu…
Hanis pasti akan merindui kalian semua…….Korang sentiasa menceriakan hidup Hanis..Thanx a lot!!!!Sayang sangat2 pada kalian…Hanis tak akan lupakan korang..
Hafiez : Seorang abang yang baik.Terima kasih sebab selalu layan Hanis yang agak mereng ni…Hehe..seorang yang boleh bertolak ansur,bertoleransi…Hanis senang share masalah dengan dia ni…Hanis pasti merindui saat-saat kita berbual2 di belakang…Meluahkan perasaan,mengumpat dll….Terbaikkk punya…..
Cella : Ni pula merangkap kakak Hanis…Ni pun sama macam Hafiez..Thanx sgt2 coz melayan karenah Hanis ni yg mcm budak2…Hanis pasti akan merindui saat2 kita bersama..Time kita pegi breakfast,lunch dan juga bergosip2…Hehe…Miss U…
Kamisah : Ni pula rakan sejawat yang sangat ceria.Happy go lucky…Dia ni banyak membantu Hanis dalam hal2 kerja…Hanis banyak belajar dari dia…Kalo tidak,mereng juga kepala ni.Semoga dia kekal sebagai Pegawai yang berwibawa…Thanx Misha coz banyak beri tunjuk ajar pada Hanis..Kalo tidak,pasti Hanis akan jadi Pegawai yang kalut dan tidak tahu apa2…Hanis hargai sangat2…Ni juga teman bergosip..Hehe…Really miss that moment….
Asmidar : Seorang akak yang baik…Hanis selalu kenakan Kak As..Cian Kak As asyik terkena jer…Tapi sangat best bila dapat wat macam tu..Coz U are very sporting!!!Thanx juga sebab melayan Hanis yang senget ni…Hehe…Semoga akak ceria2 selalu…
Ariff : Ariff pun banyak membantu Hanis dari segi teknikal seperti nak pasang LCD,fotostat dll…Ariff ni pandai dalam perbaiki PC…Kalo tak de dia ni kt ofis,kelam kabutlah kitaorang dan ofis jadi suram sebab dia ni riuh sket…Hehe..Thanx Ariff…
Warga MDI    : Thanx to all esp to my Director,Dr.Kamariah,my boss,Pn.Farizah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar pada Hanis sepanjang Hanis berada di sana…Dan juga member i perkongsian idea dalam menyiapkan tugasan yang di beri walaupun mencabar tapi kita perlu laksanakan dengan sepenuh hati….Kak Fauziah,Kak Siti &Kak Ema..mereka ni PA2 yang berdedikasi dalam tugas kepada bos mereka…Kak Anom,maafkan Hanis kerana meninggalkan ofis tika akak bercuti.Kak Ayu,thanx juga coz banyak beri tunjuk ajar..walaupun suka mengarah,membebel tapi Hanis tahu hati akak sangat baik..Kak Faezah,thanx kerana sudi melayan Hanis..Hanis banyak menyusahkan akak.Hanis respect kat akak coz akak ni sentiasa cool..hehe…And Thanx pada warga MDI kerana menerima Hanis dalam keluarga ini….
Sebenarnya ramai lagi yang Hanis nak senaraikan tapi tak larat lak nak menaip..Maaf yer…Apa2 pun korang sume sentiasa di ingatan dan di hati Hanis…Hanis takkan lupakan korang…..Koranglah yang menceriakan hidup Hanis


No comments: