Sambil2 tgk TV ni,duk dgr jugalah mak bercerita...
Mak kata kerana harta anak2 sanggup buang keluarga...
Ibu bapa bersengkang mata mencari rezeki tuk anak2nya,tuk kesenangan mereka di masa depan...
Ibu bapa mna yang nakkan anak mereka hidup susah....
Sumenya nakkan yang terbaik tuk anak2 mereka...
Bila mereka punyai harta,mereka meletakkan nama anak2 mereka sebagai penama bagi harta2 yang mereka miliki...
Ibu bapa hanya memikirkan kesenangan hidup yang akan anak2 mereka harungi...
Tapi bila anak2 ini dah besar,lain pula jadinya...
Bukannya mereka hendak berterima kasih pada Ibu bapa yang banyak berjasa pada mereka,tapi mereka sanggup menghalau Ibu bapa mereka keluar dari umah,menghantar mereka ke rumah orang2 tua,dan ada juga yang sanggup menggunakan ilmu hitam ke atas Ibu bapa mereka kerana harta...
Kerana harta,anak2 di zaman milenium ini sanggup berbuat demikian kepada orang yang mengandungkan mereka,melahirkan,membesarkan,memberikan pendidikan dll pada mereka...
Inikah balasan yang sepatutnya diterima oleh Ibu bapa mereka?
Sanggupkah anda melakukan perkara sebegini pada Ibu Bapa mereka?
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kita dilahirkan di dunia ini..
Tak dapat Hanis bayangkan azab yang akan kita terima jika menzalimi kedua orang tua kita..
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah...Sentiasa mentaati kepada mereka.....
Sementara mereka masih bernyawa..
Tak guna kita menyesal di kemudian hari.....
No comments:
Post a Comment