Friday, June 11, 2010

Aku Seorang Guru


Rabu,14.4.2010
Hari pertama Hanis bergelar guru..1st time...Rasa berdebar2 hokkay....Apalah yang akan Hanis hadapi nnt...
Pagi2 tu Hanis terus ke sekolah,bertemu dengan Pengetua bagi melaporkan diri secara rasmi dan bersedia memulakan tugas.Untuk makluman semua Hanis akan mengajar BUDAK2 MASALAH PEMBELAJARAN.Sebab tu la dipanggil PENDIDIKAN KHAS.

Hanis telah dibawa oleh Penolong Kanan ke tempat yang sepatutnya dan terus berkenalan dengan guru2 di sana...Semak kepala otak time tu sebab nk mengingat nama2 guru kt situ...huhu...xpe2...amik masa yer...

Guru2 yang mengajar budak2 masalah pembelajaran ni ada dalam 15 orang je termasuk Hanis...5 orang pembantu murid....Ye la murid2 yang ada ni mempunyai pelbagai ragam...Oh ya,time Hanis sampai tu,murid2 tengah ada perhimpunan...so,Hanis kenalah memperkenalkan diri pada mereka....Wahhhhhhhhhh...mereka ni tersangatlah comel w/pn mereka ni tergolong dalam OKU...

So,sekarang ni saya bergelar CIKGU HANIS...hehehe...panggilan yang agak janggal pada permulaan.

Hari tu juga dah bermula Pembelajaran & Pembelajaran...Hanis kena ajar Bahasa Inggeris,Pendidikan Islam,KH-Pertanian,Pend.Seni & Pend.Muzik....hoho...TAKUTNYAAAAA...


No comments: