Friday, October 9, 2009

StErEnG BerGeGaR mEMbaHaYakAn PeMaNdUaN





KESELESAAN memandu biasanya dititikberatkan oleh semua pemandu. Oleh itu, perhatian pastinya diberi kepada komponen kereta yang paling dekat dengan pemandu, iaitu stereng. Bayangkan ketika memandu, stereng anda senget atau bergegar. Tentu tak selesa? Bukan saja tidak selesa, malah boleh membahayakan pemanduan.
Biasanya gegaran stereng berlaku pada tahap kelajuan 90km/j hingga ke 120km/j bergantung kepada kenderaan.
Ia berpunca daripada banyak faktor antaranya roda yang tidak seimbang dengan baik (balancing), tekanan udara pada roda kiri dan roda kanan tidak seimbang, ‘mounting’ pada stereng ‘rack’ tidak dipasang dengan baik, ‘ball join’ pada stereng ‘tie rod end’ sudah haus dan mungkin juga ‘wheel bearing’ kereta bermasalah.
Untuk memeriksa sendiri keadaan ‘wheel bearing’, anda perlu mengangkat kereta pada satu bahagian dulu (hadapan), kemudian goyangkan roda pada ‘point’ pegangan pada kedudukan jam 3 dan 9. Jika terdapat ruang gegar, ini bermakna ‘ball joint’ pada stereng ‘tie rod end’ sudah haus, kemudian pegang pada posisi 12 dan 6. Jika terdapat ruang gegar, minta bantuan sesiapa untuk memijak brek pada ketika itu. Jika tiada gegaran, ini bermakna ‘bearing wheel’ pada hub sudah haus.

Untuk memeriksa stereng ‘rack’ pula, pada ketika enjin hidup, minta bantuan seseorang untuk memulaskan stereng ke arah kiri dan kanan secara perlahan-lahan dan anda perlu memegang stereng ‘rack’ dan perhatikan sama ada ia bergegar atau tidak daripada lekapan terhadap badan kereta. Jika terdapat sedikit pergerakan, ini bermakna ‘mounting bush’ pada ‘rack’ itu perlu diganti.

Kadangkala pada kelajuan tinggi kereta anda akan terasa seperti melayang-layang. Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem suspensi (absorber) dan pengendalian. Periksa saja suspensi anda. Jika ada minyak pada absorber rod, ganti kerana kerosakan sistem suspensi penyumbang terbanyak kepada kemalangan kereta.

Rujukan: Bengkel Riong - Berita Harian







No comments: