Friday, October 9, 2009

MinDa ReLaX!!!


CURANG


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"


"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.
Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


LAWAK BUAH
Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.



Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.



Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.



Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

 



No comments: