Thursday, October 29, 2009

LIDAH

Hari ni Hanis mempelajari perkara baru..Hanis berkesempatan mendengar Tazkirah pagi di radio ketika breakfast di rumah...tajuk yg ustaz tu bincang adalah mengenai LIDAH....

Ustaz tu kata,kita tak baik melaknat orang sesuka hati kerana kita tidak mempunyai hak untuk berbuat sedemikian.Antara perkataan yang kita dilarang menggunakan ialah CELAKA..Celaka ini dah termasuk dalam melaknat seseorang..Allah murka jika kita berkata sedemikian...Antara golongan yg telah dilaknat oleh Allah s.w.t ialah Firaun..

Oleh itu kita kena menjaga LIDAH ini dr berkata sesuatu yg tidak elok serta mendatangkan dosa pada diri kita sendiri.lebih elok kita kurang berkata2 yang boleh merugikan diri.Bercakap bila perlu..seelok2nya kita perbanyakkan zikir..dapat juga pahala...

No comments: