Hari ni de cek darah....ingatkan juz amik darah kt ujung jari jer..rupanya kena cucuk...huhuu...bape ml la darahku dah dimasukkan lam botol tu...sakit tu memangla terasa...tp lepas tu,kebas yg amat...sekarang ni pn tgn masih berasa sakit,lenguh2..huhu...
Thursday, October 29, 2009
CeK DaRaH
LIDAH
Hari ni Hanis mempelajari perkara baru..Hanis berkesempatan mendengar Tazkirah pagi di radio ketika breakfast di rumah...tajuk yg ustaz tu bincang adalah mengenai LIDAH....
Ustaz tu kata,kita tak baik melaknat orang sesuka hati kerana kita tidak mempunyai hak untuk berbuat sedemikian.Antara perkataan yang kita dilarang menggunakan ialah CELAKA..Celaka ini dah termasuk dalam melaknat seseorang..Allah murka jika kita berkata sedemikian...Antara golongan yg telah dilaknat oleh Allah s.w.t ialah Firaun..
Oleh itu kita kena menjaga LIDAH ini dr berkata sesuatu yg tidak elok serta mendatangkan dosa pada diri kita sendiri.lebih elok kita kurang berkata2 yang boleh merugikan diri.Bercakap bila perlu..seelok2nya kita perbanyakkan zikir..dapat juga pahala...
Friday, October 16, 2009
MajLiS SaMbuTan HaRi RaYa JPM
Ni lg hebat jamuannya.....de berpuluh2 agensi di bawah JPM..almost 50....stp agensi kna bka gerai...klu pasal jemputan,xperlu citerla...mmg amat ramai sgt manusia kt situ..SESAK...leh pengsan di buatnya...tp,kerana makanan FREE....redah jugalah...save bajet tuk lunch...hehehe...Y.A.B Perdana Menteri merasmikan majlis tersebut...
ada lagi yg lom sampai
ketibaan Y.A.B Perdana Menteri
JaMuaN RaYa EPU.....
Jamuan Raya?best2..coz dpt mkn free..hehe...
Dis year dorang wat concept buka gerai...1 gerai bergabung ngn 3 seksyen...
Ini dpt menjimatkan kos perbelanjaan...Gerai kami wat aneka mee...ada mee goreng mamak,bihun s'pore,laksa johor & kuey teow goreng
ngah wat persiapan gerai
ketibaan Menteri
Friday, October 9, 2009
MinDa ReLaX!!!
CURANG
Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.
Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"
"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.
Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"
LAWAK BUAH
Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.
Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"
StErEnG BerGeGaR mEMbaHaYakAn PeMaNdUaN
KESELESAAN memandu biasanya dititikberatkan oleh semua pemandu. Oleh itu, perhatian pastinya diberi kepada komponen kereta yang paling dekat dengan pemandu, iaitu stereng. Bayangkan ketika memandu, stereng anda senget atau bergegar. Tentu tak selesa? Bukan saja tidak selesa, malah boleh membahayakan pemanduan.
Biasanya gegaran stereng berlaku pada tahap kelajuan 90km/j hingga ke 120km/j bergantung kepada kenderaan.
Ia berpunca daripada banyak faktor antaranya roda yang tidak seimbang dengan baik (balancing), tekanan udara pada roda kiri dan roda kanan tidak seimbang, ‘mounting’ pada stereng ‘rack’ tidak dipasang dengan baik, ‘ball join’ pada stereng ‘tie rod end’ sudah haus dan mungkin juga ‘wheel bearing’ kereta bermasalah.
Untuk memeriksa sendiri keadaan ‘wheel bearing’, anda perlu mengangkat kereta pada satu bahagian dulu (hadapan), kemudian goyangkan roda pada ‘point’ pegangan pada kedudukan jam 3 dan 9. Jika terdapat ruang gegar, ini bermakna ‘ball joint’ pada stereng ‘tie rod end’ sudah haus, kemudian pegang pada posisi 12 dan 6. Jika terdapat ruang gegar, minta bantuan sesiapa untuk memijak brek pada ketika itu. Jika tiada gegaran, ini bermakna ‘bearing wheel’ pada hub sudah haus.
Untuk memeriksa stereng ‘rack’ pula, pada ketika enjin hidup, minta bantuan seseorang untuk memulaskan stereng ke arah kiri dan kanan secara perlahan-lahan dan anda perlu memegang stereng ‘rack’ dan perhatikan sama ada ia bergegar atau tidak daripada lekapan terhadap badan kereta. Jika terdapat sedikit pergerakan, ini bermakna ‘mounting bush’ pada ‘rack’ itu perlu diganti.
Kadangkala pada kelajuan tinggi kereta anda akan terasa seperti melayang-layang. Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem suspensi (absorber) dan pengendalian. Periksa saja suspensi anda. Jika ada minyak pada absorber rod, ganti kerana kerosakan sistem suspensi penyumbang terbanyak kepada kemalangan kereta.
Rujukan: Bengkel Riong - Berita Harian
Thursday, October 8, 2009
PeRikSa KeReTa SeBeLuM MenGguNakaNnYa
WANITA selalu dikaitkan dengan kelemahan mengenali enjin kereta. Mereka selalunya tidak tahu berbuat apa-apa jika kereta menghadapi masalah di tengah jalan.
Disenaraikan beberapa petua untuk golongan itu bagi penjagaan paling minimum kereta yang sedikit sebanyak boleh mengelakkan ‘tersangkut’ dalam kesibukan jalan raya.
Petua berkenaan ialah:
* Setiap pagi sebelum masuk kereta, cuba periksa kenderaan anda. Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang wanita terus menaiki kereta dan meneruskan perjalanan tanpa membuat pemeriksaan itu dan sebaik tiba di tengah lebuh raya, tayarnya ketiadaan angin kerana paku sepanjang 2.5 inci menusuk tayar di sebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi wanita itu terpaksa menunggu selama satu setengah jam sebelum mendapat bantuan anggota PLUS.
* Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin panas pada kadar RPM yang normal. Sebelum hidupkan enjin, hidupkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam. Pastikan juga lampu "engine check" padam. Bila enjin sudah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan. Pernah berlaku kepada seorang pemandu yang terus menghidupkan enjin kereta dan terus jalan. Ketika tiba di simpang, pemandu terbabit menekan brek, tetapi kereta tidak berhenti. Ia hanya berhenti selepas melanggar belakang sebuah Wira Aeroback dan pemandu berkenaan terpaksa membayar RM1,000 untuk menukar bumper dan lampu belakang kereta berkenaan.
* Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat badan di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Perodua Kancil, ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum itu kemudian masukkan kembali jarum itu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang dikatakan tadi. Untuk kereta automatik, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tetapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
* Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap tiga bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan periksa setiap tayar mengikut aturan yang sesuai.
* Setiap 5,000 km, pergi ke bengkel, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa) dan tukar penapis minyak selepas dua kali menukar minyak enjin. Tukar juga palam pencucuh setiap tiga kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama yang pakai "Petnam" atau contact point, minta mekanik cuci contact point setiap tiga kali tukar minyak enjin dan tukar setiap sembilan kali tukar minyak enjin.
* Dan yang akhir, setiap minggu pergilah bersihkan dalaman kereta terutama tempat duduk bagi menyedut atau mengeluarkan habuk.
Rujukan: Bengkel Riong, Berita Harian
GuMbirAnYa HaTi iNi
Syukur Alhamdulillah....Hanis gembira sangat2 coz dpt jumpa member rapat time sekolah rendah dulu...
Hanis temui melalui facebook...xsangka dpt jmp dia...NURUL HUSNA HAMZAH....
dah lama sgt kitaorg xjmp..last pn time sekolah rendah..lost contact mcm tu jer...
And berita yang menggembirakan adalah.....dia da nk berkahwin Sabtu ni..Congrats Dear!!
SELAMAT PENGANTIN BARU HUSNA...
Hanis doakan agar masjid yang mereka bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat,semoga mereka sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata untuk menyambung generasi mereka...Dia pn da jemput Hanis ke kenduri dia...klu xde pape hal,Hanis pegilah...Apa2pn Hanis tumpang gembira...
p/s: semoga persahabatan kita kekal selamanya....
Tuesday, October 6, 2009
HaPpY BeSdAY ShAh!!!
30 September 2009
Hari nie besday Shah....so,Hanis ngn Aja plan nk celebrate besday dia...
kebetulan lak,nk tgk wayang lps abis keje kt Alamanda...tgk citer FINAL DESTINATION...
time Shah g tuntut tiket yg telah di booking di kaunter,Hanis ngn Aja g beli kek...
Kami g bli kt Presint 8...
Kami berdua tunggu Shah kt taman coz nk mkn kek bersama2....
nk wat surprise tp dia dh nmpk dlu..haha...
tp xpela....dh besday dia,mstla dpt agak kn...hehe...
kek ni sedap!!
excited dpt kad..
saje blurrkn pic ni...
BaCk tO WoRk~
Malas giler nk g keje bila dah cuti pjg ni...huhu...
Masih lam mood raya lg...uwaaaaaaaaaaaaa......
Tolongla jd rajin sket Cik Hanis...huhu....
Monday, October 5, 2009
8 Syawal 1430H
Ada serangan besar2an di rumah....Rakan2 rapat Mak & kaum kerabat Abah dtg beraya di umah...hehe...
agenda setiap tahun..WAJIB...
pagi2 lg da bgn...prepare mn2 yg patut agar x kelam kabut bila tetamu dtg...
Menu tuk hari tersebut adalah:
* Nasi Beriyani - mak baru belajar wat
* Mee Rebus - kegemaranku
Penuh makanan kt meja tue...hehe...
yang malangnya,xde kakitgn yg cukup tuk shift basuh pinggan..huhu...
Hanis ngn Adik je la yg kena wat tugasan tu....Seb bek Adik sporting hari...mau gak dia tolong2..Thanx Adik...Angah xde..g outstation kt Seremban...Safwan lak de peperangan di medan peperiksaan...huhu...
Sesi 11.30am,khas tuk rakan2 rapat Mak....de la lam 3-4 family...bkn apa,saja jmpt awl..takut bertembung ngn kaum kerabat dari sebelah Abah..nnt Jammed...huhu...
Tok,Maksu Ogy Sekeluarga,Paklang Sekeluarga tiba kul 12.30pm...diikuti oleh Abg Ucop,Pakcik Wan Sekeluarga...pastu Kak Syikin Sekeluarga & Pakcik Atan Tok Jang Sekeluarga....fuhhhh....mmg ramaila...xcukup tgn nk melayan semuanya...maafla andainya de kekurangan..tp makanan ttp cukup tuk semua tetamu yg hadir smpi nasi Beriyani terpaksa masak tuk kali kedua...1st roundnyer da licin..hehe...
Apa2 pn,umah mmg meriah pd hari tu...seronok sgt2...
cheese cake....
da tiba tuk berpisah..huhu
imej pada hari tersebut
Adik dan Nadrah
7 Syawal 1430H
Seharian Hanis kuar beraya bersama2 Shah,Aja & Kak Zifah...
G beraya kt Klang lak tu...jauh x?hehe...
balik umah pn mcm biasa..
bbrp minit sblm bertukar menjadi Cinderella...hehe
5 Syawal 1430H
Pak Cik Atan & Mak Cik Ana dtg umah hr ni...yeayyyy!!!!!!!!!!
lma xjmp...Thanx sbb sudi dtg...
M.cik bw byk kuih raya..Sedappp....Yummy!!
ptg tu Hanis bw P.cik & M.cik g Alamanda ngn Baby Hanis...hehe...
P.cik beli CONEY CHICKEN & BEEF kt A&W..x dilupakan juga air Rutbir A&W..Sedap2...
Siap dpt anak patung A&W lg..
Lom pernah merasa Coney Chicken & Beef tu lg..Thanx P.cik & M.cik...
Adik ngah leka mkn ice cream
*p/s: ni je pic yg sempat amek...hehe...
Friday, October 2, 2009
3 Syawal 1430H
3 Syawal 1430H
Anak2 En.Rosli & Pn.Sakinah menggunakan masa tuk bersiar2 di Alamanda...hehe
ishhhh...mmg kaki jalan sungguh...ni baru raya ke-3 nie...
plan ini udah dirancang cuma tarikh & hari je lom decide...
akhirnya kami berempat memutuskan utk kuar pd 22 Sept 09....
Putrajaya lengang & sunyi!!!
smpi2 je d Alamanda,trs ke kaunter tiket tuk beli tiket wayang...
smpi2 je d Alamanda,trs ke kaunter tiket tuk beli tiket wayang...
tgk citer MOMOK THE MOVIE...
citer ni ok la...agak kelakarla jg...leh bg 3 Bintang...
Pelakon yg membintangi filem ni adalah Faizal AF4,Pak Aziz Satar,Abon,Ruminah Sidek dan ramai lagi...
tp,seolah2 rasa xpuas tgk 1 citer...
we all amik keputusan untuk tgk another one..
JIN NOTTI...hehe...sume sedia maklum siapakah pelakon2nya...
Fara Fauzana,Mawi,Cat Farish,Bob Lokman,Adibah Noor etc....
filem ni mmg best + kelakar giler...dgn sesuka hatinya Hanis beri 4 Bintang...hehe...
For lunch,kitaorg decide nk mkn A&W...Yummy....
da lama xmenjamah makanan tersebut...huhu....
Terlaksana jua perancangan yg telah diaturkan sebelum ini...hehe...Alhamdulillah....
Bergambar jap bersama2 Chipmunks - citer yg ke2 ni Coming Soon
Our Lunch - A&W
2 Syawal 1430H
2 Syawal 1430H
Raya Kedua ni lak kami pegi beraya di Ipoh lak..umah mak long...
dah lama tak jumpa ngn mak long...bertolak pn da agak lewat coz perancangan last minute...huhu...
lps maghrib kami bertolak pulang ke rumah masing2...Tok stay kt umah mak long...
sblm smpi umah,singgah mkn jap...lapar giler...time tu da kul 11.30mlm...last mkn pn kul 6.30ptg...
mn x laparnya...huhu...ingatkn nk mkn kt mapley je tp mapley ttp lak..so,singgah mkn kt KFC...ramai giler yg duk queue kt situ...huhu..terpaksa la bersabar...
Alhamdulillah...akhirnya selamat juga sampai umah....
msk2 je umah trus mandi...pastu tido...letih yg amat....
perancangan tuk hari seterusnya telah dirancang...hehehe...
1 Syawal 1430H
1 Syawal 1430H (20 September 2009,Ahad)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN...
Setelah sebulan berpuasa,tibalah hari raya...
moga2 amal ibadat yg dilakukan pd bulan Ramadhan diberkati Allah S.W.T....
Excited giler thn ni coz ni la 1st time bg duit raya..bagi kt mak abah,adik beradik,tok ngn sepupu sepapat....
why not share rezeki kita pd org len kn...dptla jg berkat...lgpn ni sume pinjaman dr Allah pd hamba2Nya...
Aktiviti pertama yg dilakukan di pagi raya selepas balik dr solat raya adalah BERMAAF2AN & BERSALAMAN dgn ahli2 keluarga....sebaknya...mmg byk wat salah ngn mak abah...huhu...duit raya tidak dilupakan utk diagih2kn pd yg berkenaan..Hanis still dpt duit raya...best2...
Selepas itu,sesi BERGAMBAR....wajib tue....Bergambar bersama family,adik beradik,sepupu sepapat dan juga syok sendiri..tu perkara biasa...haha....
Selain menu wajib di hari raya,de juga menu sampingan...hehe..LAKSA PENANG...yummy....sedap2...
Lps sumenya da settle kt umah tok...bermulalah perjalanan tuk beraya ke rumah2 sedara mara yg berdekatan....best2....thn ni menjadi sejarah kerana beraya ngn BABY Hanis...hehe...
My Family - tema dis year kaler coklat
Sepupu2
Eecha yg chumell
p/s: gmbr2 len leh didapati kt Facebook...hehe....
Hurm.....
I'm back!!!
da lma x update blog ni since cuti raya...
bila da nek keje,bz lak ngn keje2...huhu...
apa2 pn,Hanis akan try tuk luangkan masa mengupdate blog ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)