Saturday, September 19, 2009

PeRsiApaN Raya...


7.30pg bertolak pulang ke kampung...thn ni beraya di Gombak...w/pn dekat but still de kampung lg..hehe...
Syukur Alhamdulillah....

Cuaca tak berapa baik hari ni...HUJAN...dr pagi smpi ke petang...

Aktiviti mcm biasa sblm Raya tiba....

Wat Rendang Ayam,Gulai Daging+Paru,Kuah Kacang tidak dilupakan,Nasi Impit...itulah juadah tuk berbuka puasa..Lemang juz beli jer..hehe...Da lama tak berkumpul ramai2...selalunya time raya jer la..huhu...
Meriah betul time berbuka puasa tu...Happy nyer...Bknnya selalu dpt jmp nenek, sepupu2,mak sedara ngn bapak sedara ni..So,inilah peluangnya...

Actually,ni bru lps main bunga api + mercun...Pak Lang yg beli..hehe...Thanx Pak Lang..
Best giler dpt men...lgpn da lama xmen...huhu....teringat lak zaman kanak2...hihihi....

Syukur pada Allah kerana dengan izinNya kami semua dapat berhimpun lg pd tahun ini...
Esok da confirm raya...yeayyyy!!!!

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN ~





 * beberapa pic sambutan malam raya yg sempat di ambil



Friday, September 18, 2009

SuNyi SePi

Jln raya agak lengang pagi td..ramai yg dh start bercuti...
Best giler drive td...x byk kereta sgt..
kalau la setiap kali nk g keje mcm tu kn bagus...
Tenang jer...dan perjalanan lancar..smpi ofis pn awl...
Hakikatnya,tak kn mcm tu lg slps raya..huhu

Sepi jer kt ofis ni..ramai yg dh balik kampung...de bbrp org je kt sini...
aishhhh....mcm bosan la pula..huhu...
sape suh xapply cuti sblm raya..kn dh jd mcm nie...
tp xpe la..leh save cuti..haha...

Thursday, September 17, 2009

Ku mOhOn MaAf

  
  
  
  
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin....Hanis minta maaf sekiranya Hanis ada wat salah secara sedar @ tidak.Semoga korang sume bergembira di Hari Lebaran ini.Drive safely.Ingatlah orang yang tersayang.Jemputla datang rumah yer.......

Tuesday, September 15, 2009

Pelancaran SHARPENER!!

 
 RA Sengal 
Gambar di atas telah dilukiskn oleh Cik Cetul a.k.a Pembaris...THANX to her....I like dis picture....
Geng RA Sengal da sedia maklum bahawa setiap org de gelaran nya....cuma de seorg ni lom ada gelarannya lagi...sudah semestinya Adikku...Nani....
So,Hanis ngn Cetul telah mengeluarkan idea untuk memberi gelaran pada Nani....
Dan keputusannya adalah......SHARPENER...Cik Pembaris yg telah mencadangkan ini....
Pembaris & Sharpener....
erm....Alat Tulis yg hampir lengkap...hehe...



 
Set Alat Tulis
 
Oleh itu,klu nk beli alat tulis,elokla beli yg 1 set.....Pembaris ada,Sharpener pn ada...kn 1 pakej je tu..murah pn murah....hehehe....

KeRinDuaN KeAmaTaN

Tetiba jew rindu kwn2 time skola...huhu...
byk kenangan time tu....
kalau la masa ni leh undur ke belakang....
nak ajer pilih zaman sekolah....hehe...
rindu nak nek bus skola....
rindu nk masuk klas....leh borak2 ngn kwn2...
kelakar lak bila bandingkn perangai time skola ngn sekarang...
time skola dulu pnyla pendiam yg amat...nk dgr sore ni pnyla payah...
smpi cikgu pggl nma tuk jwb soklan sbb nk dgr suaraku yg merdu nie...hahaha...
rindu nk g tuisyen.terutamanya tuisyen time petang.....ngn ngantuknya....
rindu time lepak2 ngn kwn2 masa rehat...curi2 mkn kt astaka..dasar pemalas nk ke kantin...haha...
rindu juga nk g kokurikulum....terutamanya time camping Puteri Islam...stay kt skolah je pn..
mcm2 aktiviti kitaorg wat...barbeque?tu yg plg best!!!
rindu segala2nya masa alam persekolahan...
time tu xde nk fikirkan masalah yg berat2...hidup pn happy jer...
skrg ni sumenya ada haluan masing2...kehidupan sendiri....kerjaya...

~TaTaCaRa MenJaWaB TeLeFoN yAnG PaLinG KeReK~


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

GamBar KeNanG-KeNanGaN

Sesi bergambar telah dijalankan untuk warga kerja MDI sebelum memulakan tugas masing-masing.Ini pertama kali Hanis bergambar dengan mereka.Pengarah MDI juga turut serta...Ada beberapa orang staf sahaja yang tidak menyertainya kerana cuti.


Semuanya segak2 dan manis2 sekali.




Sape nk tukar2 position?

 

Pada awalnya utk kaum hawaa sahaja tp.......

 

Kaum Adam
 

Monday, September 14, 2009

MaLaySia SaTu - Faizal Tahir

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan


 *suka lagu nie coz besttttt........

BrEaK dA FaSt

11 Sept 2009
Kali ni berbuka puasa dgn sektor Sosial UKMP lak...d Village View.ni da kali ke-2 Hanis bbka pose kt sini..hihi...Thanx pd En.Johan coz sudi jemput Hanis..Byk giler mknn yg d order...huhu...mmg kekenyanganla...klu sape xkenyang tu xtaw la pe nk kata...byk muka2 baru berbanding thn lps.Tp still enjoy gak!!!

  
       Antara lauk pauk untuk berbuka puasa
 
Cetul nk cium Hanis ek?
 
Nanie & Pah (mcm xleh nk berenggang lak)
 
 
En.Johan & Andy (sepakat pakai spec)
 
Abg Zam & isteri tercinta
 
Bila masa pula Andi berubah tempat ke sebelah Abg Ihsan?

 
Khusyuk tol Zul ni mkn.Kunyah ke telan?
 
 

Friday, September 11, 2009

MeNgAtAsi StReSs!!



Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik. Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
 Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas 
Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
 Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau 
seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
 Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau 
cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih 
ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

HaRi JaDi Ke-17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

TaHuKaH AnDa

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, September 10, 2009

MaRSuRi

5 Sept 09
Berbuka puasa di luar juga...hehe..Shah ada reunion ngn kawan kolej dia...Aja & Shah datang jemput Hanis kt umah lam kul 4.40ptg...
nk kena gerak awl coz takut jln jem.kali ni nk pergi jauh sket dr kawasan Kajang..hehe...klu x silap kt area Danau Kota ke Setiawangsa...erm...xsure sgtla..hehe...nmpknya Hanis lom abes explore lg lam negeri...huhu..

Lps jmpt Hanis tu,kitaorg g jmpt housemate Shah lak,Man...time tu dah kul 5ptg...And then singgah Petronas jap...Aja ngn Shah lom solat Asar lg..Menunaikan kewajipan kepada Allah...
Man siap pakai face mask lg..mengikut saranan Kerajaan..Bagus2!!!xmcm kitaorg ni..Masih degil..bila ntah nk sedar...hoho....kami meneruskan perjalanan selepas selesai solat utk menjemput lg seorg mmbr Shah,Pejai.


 
rancaknya makcik2 tu berbual di belakang..hehe
 
 kali ni makcik2 da bersiap sedia pandang kamera...
Lebih kurang kul 7.10ptg kami tiba ke lokasi yg telah ditetapkan setelah meredah traffic light yg byk dan jem...kedai mkn tu kedai makan mmbr Shah...bestnya berniaga sendiri..Nama kedai tu MARSURI.klu xsilap la...bilalah Hanis nk wat mcm tu ye...erm..kumpul modal dulu la...hehe...mcm btl jer...
Ramai juga yg hadir..agak segan juga la coz xkenal sgt ngn dorang...tp xpe...Hanis berborak ngn Aja...hehe...wat hal kami berdua jer la...bg chance kt Shah bersembang ngn member2 dia...naseb baek Hanis ikut klu x mati kutu Aja kt situ...huhu..cian dia...
 
                                                Antara hadirin yang hadir...Ramaikan?
* Thanx Aja & Shah sbb sudi bawa Hanis bersama...hehe.... Maaf sekiranya Hanis     menyusahkan korang

DiNnEr + CeLeBraTe BiRtHdAy di ViLLaGe ViEw

erm....nk flashback perkara2 yg dah berlaku la pula...

1 Sept 2009 merupakan hari yg plg happening Hanis rasakan.cukup teruja sekali kerana nk berbuka puasa act. dinner la bersama2 Geng RA Sengal....Syoknya....Dh lama xberkumpul ramai2 mcm tu sejak Hanis dah bekerja kt Putrajaya.huhu...

Hanis bertolak dr ofis ke UKMP lam kul 6ptg.Nani de kt sana.nk g sma2 ngn dia nnt.Diya pn ada sma..Kami berbuka puasa bersama2 di UKMP.Diya & Nani dh bli mknn kt Bazar Ramadhan.Lps tu bersolat.Opsss...lpa lak nk btau kt mn kitaorng nk g mkn...kami g mkn kt Village View.hehe..
lam kul 8mlm br bertolak ke sana.....

Cetul ngn Zul da smpi dulu...haha...kesian kt dorang tggu kitaorg lama...Maaf ya kwn2...
tp bkn sume da smpi...kami masih menunggu kedatangan Syikin & Zati....makanan telah sedia terhidang.Menunya:
  • Tom Yam 
  • Sotong Goreng Tepung
  • Telur Bungkus
  • Sayur Kailan
  • Ikan Siakap 3 Rasa

       Inilah lauk pauk yg telah sedia terhidang.....Sedap x?terliur beb......Yummy....

Time hampir2 nk hbs mkn,ada kejutan yg menyusul...huhu...Terkejut beb...
Pekerja kt situ bawa keluar kek!!Kek apakah itu?Kek Harijadi....hehe...
Celebrate Besday Hanis & Diya...Pandai ek yg len2 ni merancang....Tak ku sangka adikku juga terlibat.Ciss...nk kena ko ni Angah(Nani)...Leh wat muka xbersalah lak tu!!hampeh....hehe...ko da berjaya kenakan Along mu ini...ni mst Cetul yg ajar ni...haha..


Apa2 pn THANX pd semua...Cetul,Syikin,Zati,Nani,Zul & Diya....w/pn Diya sendiri xmenyangka dorang ni semua akan celebrate besdaynya skali...hahaha...U pn da terkena Diya!!!kesian U....Hanis btl2 terharu dgn apa yg korang dah wat ni....huhuhu....THANX AGAIN!!

 
Inilah kek hari jadi yg menjadi kejutan pd hari tersebut.Nice cake!!Sedap lak tu..
Cetul juga de bg adiah pd setiap org..Dia beli time g fieldwork...hehe..tak sahla klu xberebut2....terutamanya Nani,Syikin & Zati....hahaha...mcm budak2....opsssss...THANX Cetul!!Hanis suka sgt2 gift yg Cetul bg tu...Canteekkkk.....
 
                                   Cute x gift yg Cetul adiahkan ni?
Hari itu mmg hari yg menggembirakan...happy sgt2...Korang sume mmg cool!!!Thanx sbb aturkan perjumpaan ni...huhu...klu x,bila ntah leh berkumpul ramai2 mcm ni..dpt berborak2 dan bergelak ketawa.Yang paling x dilupakan adalah BERGAMBAR!!!!mmg pantang nmpk kamera pasti nk bergmbr...hahaha...
CETUL.....Thanx taw...Hanis happy sgt!!!Hanis bersyukur mempunyai adik dan rakan2 spt mereka....^_^
 
Kami semua mmg kekenyangan pd hari tersebut..dan puas hati dpt berjumpa korang sume...Moga2 persahabatan kita akan berkekalan.Amin


Geng RA Sengal





D'DuSuN PiNgGiRaN PuTrA

Semalam berbuka puasa  di D'Dusun Pinggiran Putra.Nama kedai tu...
klu mmbr xajak,mmg xsmpila ke situ...
dorang da siap booking n order skali..
byk giler menu yg dorang order..haha....
Kami pergi b'4 jer...bertolak awal la juga dr ofis.lam kul 6 ptg..
kedai tu xde la jauh mn pn tp saja je g awl sbb nk rebut tmpt parking..
xdela kelam kabut sgt nnt..
lebih kurang 6.15ptg kami smpi ke destinasi yg telah dirancang..hehe..
awlkn?

Kitaorg menikmati pemandangan yg indah sementara menunggu kul 7.
rasa tenang je kt situ.nyaman....
kebetulan pula ada kolam memancing kt situ...lgla best!!!
sbbnya tgk org memancing...leh tgk skill dorang memancing...hehe...
jelesnya tgk org tu dpt byk ikan...rajin tul ikan tu mkn umpan tu...huhu..sambil2 tu kitaorg berborak2...mcm da lma xjmp...haha...
mmg syok giler la...dpt melupakan kepenatan bekerja & mslh lam pale otak...
huhu... 

10 minit lg kul 7...kami pn bergerak ke tmpt duduk...
order air dulu...sementara tgu lauk pauk yg telah di pesan di hidangkan..
lps tu,sambung berborak lg....ada2 je citer yg dorang ni nk citerkn...asyik ketawa je smpi dh xterlarat nk ketawa....


Akhirnya...Inilah masa yang dinanti2kan...lauk pauk di hidangkan di atas meja yg berkilat2..hehe...
oleh kerana lauk pauk yg di pesan tu terlampau byk,kami terpaksa tukar meja yg agk pjg sedikit berbanding sblm ini...hehe....pdhal cuma 4 org je pn...lebih kurang de 7 lauk...
byk x?hehehe...
ini adalah senarai lauk pauk yg telah di pesan oleh memberku:
  • Ikan Siakap 3 Rasa
  • Tom Yam Campur
  • Sup
  • Sotong Goreng Tepung
  • Ayam Paprik
  • Telur Bungkus
  • Ulaman bersama Sambal Belacan
Mmg puasla mkn.mcm xmkn berapa lama dah...haha....sumenya mcm ular sawa kekenyangan..Fiq mkn smpi 3 pinggan...mmg lapar sungguh..hehe...
Tp,syg......xamek pic pn...huhu....excited tgk lauk pny pasal...terkilan rasanya...
huhuhuhu lg...


Thanx Aja,Shah & Fiq krn memeriahkan suasana smlm....Hanis cukup terhibur..


Teringat lak kt Geng RA Sengal...huhu...Korang.....tabahla menghadapi dugaan yang melanda sekarang...Hanis berharap hal ni dpt di selesaikan dgn aman....Amin.




Wednesday, September 9, 2009

HaRi YaNg IndAh TaPi SuRaM

awan nmpk mendung time nk g keje...
tp kuredahkan juga....
nk cepat sampai ke ofis.bknnya apa,klu lewat sket pasti jem kt Putrajaya nie...
lam 7.25pg da siap parking...rilex2 jap lam kete then bru turun... 
berharap sgt hari ni lebih ceria @ baik dr semalam tp tidak spt yg diharapkan....
agk down jgla hri nie....
sedey yg teramat bila........mls la nk ingat lg psl tu.nnt wat sakit hati lg...
bkn setakat tu ajer...wat sesak nafas jer....
hurm....
moga2 insan tersebut sedar dgn kesilapan yg dia lakukan....
cuma yg bermain lam kotak fikiranku ini adalah "Tikam Dari Belakang".
sape yg melakukan?semestinya terdiri dari rakan2 kita sendiri...itu lg menyedihkan...sape yg kuat tuk hadapi situasi mcm tu....
mmg menusuk ke dalam la....
ok la...tinggalkan hal tu dlu...xbawa apa2 faedah pn kalo asyik fikirkan sgt hal tu...erm....


ni part yg paling besh....time rehat...hehe...
seb bek de member ajak kuar time rehat tu..lehla ilangkan segala kekusutan ni...treatment yg paling baek punya....hehe....
rsa mcm kejap je time rehat tu berlalu...tup2 da nk kul 2ptg...
terpaksa masuk ofis semula..hehe....


And,melakukan rutin seperti biasa~







     * saje je letak pic ni..konon2 nk rilexkn minda..

 

TeStiNg

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera....

Hanis bru create blog ni tuk mencuba...
kawan2 yg len pn da de blog..jeles2.hehe... 
why not Hanis jg menyertai mereka jg....

So,tggu aje la kedatangan post2 yg lain.....